Followers

Monday 16 January 2012

Kesalahfahaman pemakaian tudung dalam kalangan muslimah

Saya menekan perkataan MUSLIMAH kerana perkataan itu lebih sedap untuk disebut berbanding perkataan wanita itu sendiri dimana muslimah merujuk kepada wanita yang beragama Islam manakala perkataan WANITA itu lebih bersifat terbuka,iaitu boleh juga digunakan untuk wanita Islam,wanita Kristian,wanita Yahudi dan sebagainya.

Ramai muslimah mulai mengenakan jilbab atau tudung.Yang dahulunya tidak bertudung,mulai bertudung.
الحمد الله..

Kebanyakan mereka bertudung namun belum benar-benar mengikut syariat.
Ada yang pakai tudung just nak ikut 'trend' or 'fashion' semata-mata..
Ada jugak yang pakai tudung just 'kena ikut sekolah',bila kat luar..tudung ntah ke mana..

Kebanyakan tudung yang berada di pasaran pada masa kini tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam.Menurut jumhur ulama,aurat seorang muslimah adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan.Ulama Imam Al-Qurthubi berkata,'Pengecualian adalah wajah dan telapak tangan'.

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah,
Asma bin Abu Bakar datang menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian nipis.Maka baginda berpaling daripadanya seraya berkata,'Wahai,Asma! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haidh,tidak baik jika terdapat bahagian tubuhnya yang terlihat.Kecuali ini..(baginda menunjuk wajah dan telapak tangannya).Allah pemberi taufiq dan tidak ada Rabb selainNYA.Maka selain muka dan telapak tangan,tidak boleh terlihat walau sedikit.

Rasulullah melarang para muslimah berpakaian ketat dan batasan ketat adalah tergambar dimana bentuk anggota badan adalah aurat.
Usamah bin Zaid pernah berkata,
'Rasulullah pernah memberiku sehelai baju Quthbiyah yang tebal,iaitu baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada baginda.Baju tersebut aku pakaikan pada isteriku.Rasulullah bertanya,'Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah itu?.Aku menjawab,'Aku pakaikan baju tersebut pada isteriku'.Lalu baginda bersabda,'Perintahkan ia untuk memakai pakaian dalam disebalik Quthbiyah tersebut kerana dikhuatiri baju tersebut boleh terlihat akan bentuk tulangnya..'(Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadith Mukhtarah 1/441,Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan)


Antara tudung yang popular (ini bukan promosi,ok?) adalah tudung lilit dan tudung pendek.Kebanyakan yang memakai tudung seperti mengatakan bahawa tudung ini ringkas,senang dipakai dan tidak rimas.Namun tudung seperti inilah yang mendedahkan dada mereka.Sedangkan firman Allah dalam surah An-Nur,ayat 31 bercanggah dengan perbuatan tersebut :
24:31
Maksudnya : 
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangan dan memelikara kemaluannya,dan janganlah kamu menampakkan perhiasannya (auratnya),kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami,atau ayah mereka,atau putra2 mereka, atau putra2 suami mereka,atau saudara2 laki2 mereka,atau putra2 saudara perempuan mereka,atau para perempuan (sesama Islam) mereka,atau hamba sahaya yang mereka miliki,atau para pelayan laki2 tua yang tidak punya keinginan (terhadap perempuan),atau anak2 yang belum mengerti akan aurat perempuan.Dan janganlah mereka menghentak2kan kaki agar diketahui perhiasan mereka yang disembunyikan.Dan bertaubatlah kamu kepada Allah,wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung.

Antara kebiasaan yang sering kali dilakukan oleh para muslimah adalah memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat di luarnya.Terdapat pelbagai alasan untuk mengenakan tudung seperti ini,seperti untuk keperluan keselamatan,aktiviti kokurikulum di sekolah dan sebagainya.Saya tidak mengatakan memakai jaket atau coat itu salah.Tetapi biarlah tidak menampakkan bentuk 'sesuatu'.Dalam erti kata lain,ianya mestilah LONGGAR.Biarlah orang lain mengatakan bahawa pakaian tersebut membuatkan kita lebih 'besar',kuno dan sebagainya asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan 'mereka' yang memandang.

Jangan meng'annoying'kan pemandangan seseorang ya kawan2..^_^

Jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima suatu tudung menutupi dada dengan sempurna.
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab,ayat 59 :
33:59
Maksudnya:
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri2mu,anak2 perempuanmu dan isteri2 orang Mukmim,'Hendaklah mereka menutupi jilbabnya  ke seluruh tubuh mereka'.Yang demikian agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu.Dan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.

Semoga Allah memelihara saya dan para muslimah yang lain dalam memperbaiki diri ke jalan yang diredhaiNYA..InsyaAllah..^_^

AURAT KITA TANGGUNGJAWAB KITA!!
JANGAN NAK EMO SANA SINI BILA ADA SESEORANG YANG ANNOYING DATANG MENGGANGGU!
ITS YOUR FAULT!! ^_^

No comments:

Post a Comment