Followers

Friday 9 May 2014

Brunei takut pada Allah!

CNN dan media barat sekarang ni mengancam kerajaan Brunei kerana Brunei telah memulakan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel2 dan kepentingan Brunei. 
Jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:
"In your countries you practice freedom of speech, freedom of press, freedom of religion, etc. It's in your constitution It's your political system, your national identity, your rights, your way of life.
In my country, we practice a Malay, Islamic, Monarchical system and we're going to start practicing the laws of Islam, Sharia Law . Islam is in our constitution, our national identity, our rights, our way of life.
We may find loopholes in your laws and justice system and you may have found ours, but this is our country. Just like you practice your right to be gay, etc. for this world you live in now, we practice our rights to be Muslims for this world and the Hereafter. This is an Islamic country practising Islamic law.
Why don't you bworry about your kids being gunned down in schools, worry about your prisons being unable to accommodate convicts, worry about your high rate of crimes and DUIs, worry about your high suicide and abortion rate, worry about whatever it is that you should be worried about THERE.
Many religions are against homosexuality, it's nothing new. The moment you hear that Islam and Muslims making a stand and trying to reaffirm their faith, you judge, you boycott, you say that it's wrong, it's stupid, it's barbaric. Again, go back to those worries that you should focus on I've mentioned earlier. Is it not wrong to legalize deadly weapons, is it not wrong to allow unborn babies to be killed, is it not wrong to allow a lifestyle that results in AIDS and discontinuation of the next generation?
Why do you care so much what's happening here in an Islamic nation when you didn't even bat an eyelid about the Syrians, Bosnians, Rohingyas, Palestinians,etc. Thousands are being killed there and you don't care, not one is killed here under this Sharia Law, and you make a big fuss, even when the citizens here who are directly affected by it, accepts it with peace.
Punishments may be harsher but it does not mean it's easier to be carried out. There are processes to go through before an actual conviction. We are fine with it, we are happy."

P/S : Admin setuju sangat Brunei menjalankan undang-undang Syariah.Lepas ni,harap Malaysia pun akan ikut jejak langkah kerajaan Brunei.Kita hidup hanya sementara kat dunia ni.Takut pada manusia apalah sangat.Sekali Allah turunkan bala,boleh bersih satu dunia.Ingat,kita umat akhir zaman! Teringin nak pindah Brunei. 

Saturday 23 June 2012

Maafkanlah dia..

Kita selalu dengar..
'Manusia sering membuat kesilapan dalam kehidupan.Maafkanlah dia.Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya'

Mereka yang berada dalam situasi seperti ini..
Muhasabah diri..

Rasulullah,
Baginda lebih banyak disakiti berbanding kita..
Dugaan kita sikit berbanding dengan baginda..
Sikit sangat..
Rasulullah,
Baginda jadi anak yatim piatu ketika baginda budak2 lagi..
Baginda kehilangan seorang demi seorang dalam hidupnya..
Sedangkan orang2 itulah yang sentiasa ada dengan baginda..

Rasulullah,
Baginda dihina,dicerca dan nak dibunuh oleh ayah mertua baginda sendiri..
Tetapi,
Baginda tetap ampunkan ayah mertuanya..

Kita?
Kita kena duga sikit..
Dah nak melatah..

Mungkin sekarang kita tak mampu nak maafkan mereka..
Satu hari nanti,
Bila kita berada ditempat mereka..
Yang sangat2 memerlukan kemaafan..
Ketika itu,kita akan tahu betapa besar erti kemaafan..

Aku ingin mencontohi sikap Rasulullah..
Walaupun aku tahu aku tak mampu nak jadi 100% seperti baginda..
Aku ingin mencontohi walau sedikit sikap Rasulullah..
He is the choosen one..
The perfect person..


JOM BELAJAR SIRAH RASULULLAH!! ^^







Thursday 17 May 2012

Lirik lagu Palestina Tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami 
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsa tercinta 

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsa tercinta 

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia 

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu 
Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu 

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa 

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia 

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu 
Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu 

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsa tercinta 

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadaMu 
Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadaMu
Tercatat sebagai syuhadaMu
Tercatat sebagai syuhadaMu



Oh,Palestina!

Terpanggil nak update blog malam ni..
Rasanya start 15 Mei kot,kecoh kat FB pasal gambar DP kaler coklet bertutup mata..
NAKBAH Palestin
Nakbah : Malapetaka atau bencana besar
Nakbah Palestin : Penubuhan negara haram Israel yang diisytihar secara rasmi pada 15 Mei 1948
(Click to enlarge)

Berbalik pada DP kat Facebook..


Pendapat peribadi aku la kan..
Terpulang kat diri masing2 la nak tukar ke idak..
Nak tukar,tukar..
Kalau tak nak,terpulang..
For me,sesiapa yang menukar DP mereka adalah tuk menunjukkan keprihatinan kat rakyat Palestin..
Dari maklumat yang aku dapat,
Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin

yang melancarkan mogok lapar ketika ini.

Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti

zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.


(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan
singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel)

Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila
berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan
kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam
sejarah.

Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
Lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes
mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai
tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain
yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.



Pasal mogok lapar tu,tak brani nak komen apa2..
Tak cukup lagi ilmu nak komen banyak2..
Tapi,if dorg tak wat camtu,agak2 mata kita still ttutup tak nak tahu pasal penderitaan dorg?
Sama cam kat Syria,if tak de kebangkitan kat Syria,sampai sekarang agaknya kita tak tahu pun pasal orang2 Sunni kena seksa rejim Bashar Assad..
Aku tahu pasal kat Syria pun baru awal tahun ni..
Tapi,mereka dah lama menderita..
Dah lama..
Mungkin sikap kita yang terlalu pentingkan diri..
Sibuk dengan hal masing2..
Sampaikan saudara2 seIslam kita pun kita buat tak endah..
Astaghfirullahalazim..

Kita sebenarnya lebih kuat daripada Israel..
SEBENARNYALAH..
Umat Islam ada kat seluruh dunia..
Kat Malaysia,Indonesia,Thailand,China,Afrika..
Dan banyak lagi..
If kita semua bersatu,
IF KITA SEMUA BERSATU..
Aku sure,Israel pun akan kalah dengan kita..
Tapi,apa yang aku dok perhati selama ni..
Berbeza politik,dok nak gaduh sakan..
Berbeza pendapat,dah tak nak bertegur sapa..
Berbeza itu,berbeza ini..
Dah taknak tengok muka dah..
Tolonglah saudara2 sekalian..
Kalau dah memang tak suka tahap mana pun..
Soal agama,BERSATULAH..
BERSATULAH..BERSATULAH..BERSATULAH..

Rasulullah pernah bersabda,
'Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri.'
(Riwayat Bukhari & Muslim)




Saturday 18 February 2012

Inilah yang sebenarnya berlaku di Syria


PERISTIWA SYRIA
 Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

-Bashar Al-Assad-

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN : 
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
-RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...-

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU:
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan 
dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' :
17:81
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik),sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".(17:81)

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd:
13:17
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.(13:17)

This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen

Wednesday 1 February 2012

Alangkah bertuahnya kita (wanita)

Alangkah bertuahnya kita..^_^


1.) Kita bekerja dengan Allah,jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan kita diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan kita tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi,cuti yang Allah beri sebab kita bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk kita adalah, sepanjang kita mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosa..lahir saja bayi, seluruh dosa habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. ) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah.Segala dosa-dosa anak,isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Jasad Ariel Sharon tidak terima bumi

Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.

Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup yang telah jatuh koma pada 4 Januari 2006. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

Pada 27 Febuari 2011 yang lepas,genaplah umurnya 83 tahun.Dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun,Wallahualam...


Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati.