Followers

Saturday 23 June 2012

Maafkanlah dia..

Kita selalu dengar..
'Manusia sering membuat kesilapan dalam kehidupan.Maafkanlah dia.Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya'

Mereka yang berada dalam situasi seperti ini..
Muhasabah diri..

Rasulullah,
Baginda lebih banyak disakiti berbanding kita..
Dugaan kita sikit berbanding dengan baginda..
Sikit sangat..
Rasulullah,
Baginda jadi anak yatim piatu ketika baginda budak2 lagi..
Baginda kehilangan seorang demi seorang dalam hidupnya..
Sedangkan orang2 itulah yang sentiasa ada dengan baginda..

Rasulullah,
Baginda dihina,dicerca dan nak dibunuh oleh ayah mertua baginda sendiri..
Tetapi,
Baginda tetap ampunkan ayah mertuanya..

Kita?
Kita kena duga sikit..
Dah nak melatah..

Mungkin sekarang kita tak mampu nak maafkan mereka..
Satu hari nanti,
Bila kita berada ditempat mereka..
Yang sangat2 memerlukan kemaafan..
Ketika itu,kita akan tahu betapa besar erti kemaafan..

Aku ingin mencontohi sikap Rasulullah..
Walaupun aku tahu aku tak mampu nak jadi 100% seperti baginda..
Aku ingin mencontohi walau sedikit sikap Rasulullah..
He is the choosen one..
The perfect person..


JOM BELAJAR SIRAH RASULULLAH!! ^^







No comments:

Post a Comment