Followers

Saturday, 28 January 2012

Peristiwa time makan sate

Haritu,time aku makan sate kat Restoran Haji Samuri (Kalau aku tak silap la)
Dari jauh ternampak kelibat seorang wanita tua yang agak uzur sedang menjinjing seplastik besar yang berisi keropok,kuih dan sebagainya..
Dan aku lantas mencapai dompet dan mencari duit untuk membeli,walaupun aku taknak kuih tu..
Just ada not RM50..
Dalam fikiran aku,'Mesti nenek tu takda duit kecik nanti..'
Dan,aku selongkar beg aku..
Selongkar punya selongkar..
Ada pun dua keping not RM1..
Aku tunggu sampai nenek tu datang kat meja makan..
Nenek : 'Nak beli?'
Aku : 'Berapa ek?'
Nenek : 'RM3.50'
Aku : (Dalam hati) 'Aku just ada RM2 ja..camna ni r..'
Aku bertanya pada 'teman' aku makan..
Aku : 'Ada tak RM1?'
'Dia' : 'Ada..ada..'
Aku : 'Minta..'
Dan aku hulurkan tiga keping not RM1 dan sekeping syiling RM0.50..
Nenek tu pun berikan kuih sapit..
Aku berikan pada 'teman' ku itu..

Sedihnya bila lihat wanita tua camtu yang sepatutnya duduk bersenang lenang kat umah..
Teringat kat mama kat Sabah..:')
Teringat kat nenek kat Sabah..:')
Sedihnya..

P/S : Kita susah sekalipun..kalau ada kemampuan nak bantu orang lain,bantulah..
Lebih2 lagi bila warga emas camtu..
Suatu masa nanti,
Orang akan tolong kita balik..^__^

HIDUP INI IBARAT RODA
ADA MASA KITA DI BAWAH
ADA MASA KITA DI ATAS
MAKA BERINGATLAH PABILA KITA BERADA DI ATAS
INGATLAH JUGA PADA MEREKA YANG BERADA DI BAWAH 







No comments:

Post a Comment