Followers

Friday 20 January 2012

Proper Timetable for Recommandand Prayer (Solat Sunat)

Ya Allah Ya Tuhan kami..
Lembutkanlah hati-hati mereka yang berkenaan..
Lembutkanlah hati-hati mereka yang lebih memikirkan kebendaan daripada yang sunnah..
Lembutkanlah hati-hati mereka yang lebih cintakan dunia daripada Akhirat..

Ya Allah ya Tuhan kami..
Lembutkanlah hati-hati mereka yang kami kasihi..
Lembutkanlah hati-hati mereka yang penuh dengan kemarahan..
Lembutkanlah hati-hati mereka ya Allah..:')

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah,ayat 186 :
2:186
Maksudnya :
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu,agar mereka memperoleh kebenaran.


Ha,kat sekolah,ada predict table pasal Kimia kan..
Skang,dah ada disediakan jadual tuk solat sunat..

Beberapa jenis solat sunat:

1. Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis: 
a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya'; 
b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat (nombor ganjil).

4. Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari. 

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Sunat Hajat - solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid - solat ketika memasuki masjid. 

8. Sunat Taubat - solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar. 

9. Sunat Musafir - solat sebelum keluar untuk bermusafir. 

10. Sunat Hari Raya - solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua. 

11. Sunat Tarawih - solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.

12. Sunat Istikharah - solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir. 

13. Sunat Wuduk - solat selepas mengerjakan wuduk.

14. Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari

Rasulullah bersabda :
'Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat'
(Hadith Sahih,riwayat Bukhari  no 631 dan Ahmad  no 53 Jilid 5)

Tunaikanlah pada yang wajib terlebih dahulu sebelum mengerjakan yang sunat..^_^



No comments:

Post a Comment