Followers

Wednesday, 25 January 2012

Rupanya Allah sediakan pelangi tanpa pengetahun kita

Di suatu hari,

Ummi : Dah seminggu berlalu abi tetap sama. Kenapa ye abi sudah berubah. Mana abi yang mula- mula ummi kenal dahulu. Yang selalu bantu ummi masa susah, selalu gurau senda dengan ummi, yang selalu ada tika ummi kesedihan. Mana pergi abi yang sebenar? Abi sering marah ummi, sering tegur ummi walaupun apa yang ummi buat sudah betul, bagi abi apa yang ummi buat semuanya salah. Masih kurang sempurna lagikah ummi berbanding wanita lain. Wahai abi yang ummi sayang, kenapa ya bila ummi bertanyakan tentang perubahan abi, abi terus memarahi ummi lantas menyuruh ummi beredar. Apa salah ummi abi, jawablah.

Beberapa hari kemudiannya,

Ummi : Erm…abi masih sama juga. Abi tetap dengan perubahannya yang mendadak. Tiap- tiap hari ummi berdoa agar hati abi lembut seperti dahulu. Ummi tetap bersabar demi sebuah kebahagiaan kita. Apa yang pasti ada hikmah disebalik ujian ALLAH pada ummi. Ummi tak kisah diherdik, dimarah, ditengking, apa yang pasti ummi tak mahu berdosa kepada abi. Apa yang abi suruh ummi lakukan selagi ia tidak melanggari batas agama. Perubahan abi yang mendadak ummi terima juga dengan redha, Alhamdulillah. Ummi tak kan sesekali merungut abi, ummi tetap kuat mengatakan bahawa ada pelangi yang ALLAH nak sediakan untuk ummi.

Minggu seterusnya,

Ummi : Ummi tetap sabar dan terus bersabar. Sedikit pun air mata ummi tidak akan ummi tumpahkan kerana nilaian yang tinggi dan ummi masih ingat lagi masa mula- mula dahulu, abi pernah pesan pada ummi jangan jatuhkan air mata kecuali penyesalan pada ALLAH atas dosa- dosa yang lalu. Ummi masih pegang lagi kata- kata tu biar tersemat dalam hati sanubari ummi. Ummi berdoa dan terus berdoa. Ummi yakin suatu hari pasti abi akan kembali seperti dahulu. Ummi masih kenal abi yang dahulu. Walau abi dah berubah tetapi ummi masih tak lupa tanggungjawab ummi sebagai isteri, ummi tetap menjaga makan minum abi walaupun ummi sediakan dan abi tidak menjamah walaupun sedikit, ummi masih menjaga pakaian abi dan segala- galanya.

Sebulan berlalu, sehinggalah tiba suatu hari di suatu pagi, setelah bangun dari tidur, sempat si isteri ucap syukur kerana masih diberi nafas untuk hidup. Menyedari ketiadaan suaminya di sebelah lantas ia terus mencari suaminya. Sebelum itu ia terus berdoa agar suaminya berubah kembali seperti asal.

Setibanya di ruang tamu,

Abi : "Assalamualaikum sayangku, selamat pagi, selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke dua. Moga perkahwinan kita kekal hingga ke syurga."

Ummi : "Waalaikumsalam abi", Eh, biar betul abi ni ( sambil berkata dalam hati). "Abi ke nih?"

Abi : "Ye abi la ni. Nape?"

Ummi : "Bukan ke abi……."

Abi : "Itu memang abi, sengaja abi mahu menduga isteri abi, saja abi nak melihat sejauh mana keikhlasannya menerima abi, betapa keprihatinannya pada abi dan macam lagilah yang abi dapat simpulkan. Tahniah kerana berjaya menjadi seorang isteri yang benar- benar isteri. Terimalah bunga ini ummi."

Ummi : "Wahh… abi dah tua- tua pun masih bunga- bunga lagi ye…Tapi..."

Abi : "Mestilah, bunga ni khas untuk isteri abi yang tercinta. Abi baru petik di taman kita. Hehehe…=D, tapi apa lagi ummi, lupakan semua itu."

Ummi : "Amboi…tak pe, bukan harga yang menjadi ukuran, bukan cantik ia menjadi pihan tapi nilaiannya abi. Sampai hati abi seksa ummi begini."

Abi : "Maafkan abi ye ummi."

Ummi : "Tiada maaf bagimu."

Abi : "Ala…ummi…"

Ummi : "Ye, ummi maafkan, jangan sesekali menduga ummi begini lagi."



(So sweet..^__^) 

No comments:

Post a Comment