Followers

Saturday 14 January 2012

Touching ~ Jack masih ada perasaan sayang walaupun tiada penglihatan!




Jack adalah seekor kucing yang dilahirkan tanpa mata dan tidak boleh melihat. 
Walaubagaimanapun, kucing ini gigih untuk terus hidup. 





Baru-baru ini dia diperkenalkan dengan seekor anak kucing terbiar, CJ namanya. 
Lantas Jack menjadikan anak kucing tersebut sebagai anaknya.Jack ni kucing jantan tapi dah cam mak kucing pulak.






Jack layan CJ cam anaknya sendiri.


 
CJ belajar memanjat sambil ditemani Jack

Jack bukan sahaja menjaga anak kucing tersebut malah membawa anak kucing tersebut menggunakan mulut, membersihkan badan anak kucing tu dan juga bermain dengannya. 

Kadang-kadang,kita yang punya akal pun tidak mampu dan tidak mahu menjaga anak orang lain yakni yang tiada kaitan darah dengan kita.
Sedangkan seekor makhluk Allah yang serba kekurangan punya rasa kasih dan sayang terhadap makhluk lain,apatah lagi kita..makhluk Allah yang dicipta makhluk terbaik..wallahualam..

No comments:

Post a Comment